SUPPORT PENAJA

Thursday 26 January 2012

FUYOO..STEVEN TYLER CUBA GODA PESERTA AMERICAN IDOL


SELEPAS dikatakan cuba menggoda Jennifer Lopez dengan berbogel di depan penyanyi wanita itu, rupa-rupanya kenakalan Steven Tyler masih lagi berlanjutan apabila dia c uba memikat salah seorang  peserta American Idol bernama Jennifer Diley pada satu uji bakat. 

Menurut laporan Aceshowbiz.com, peserta tersebut yang mengenakan baju renang 'bikini' oleh Steve amat kecewa kerana terasa ditipu dengan kata-kata manis juri berkenaan.Jennifer berkata, dia begitu yakin akan mendapat tempat untuk uji bakat seterusnya apabila Steven yang dipanggil Steve sering memuji kecantikan wajahnya selain memiliki tubuh badan yang menarik. "Selepas menyanyikan lagu With You milik Jessica Simpson dan Hero yang dipopularkan oleh Mariah Carey, tak sangka pula dia mengkritik nyanyian saya. "Malah dia sedikit pun tidak memuji saya seperti mana dia menggoda dan memuji tubuh badan saya ini," katanya.




No comments:

Post a Comment