

Kawasan bencana berhampiran Dragon Park dan tiang kuil bandar telah ditutup.Perlindungan sementara telah ditubuhkan di Phra Si Rattana Maha Bahawa Temple, untuk menampung mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
Menurut pegawai kerajaan, Somjate Phromsunthorn, tiga petugas mati serta-merta di tempat kejadian, manakala seorang pengunjung wanita maut akibat kecederaan dialaminya. Letupan itu menyebabkan kepulan asap tebal di udara dan turut memekakkan telinga pengunjung, menurut laporan media tempatan.
Saksi, Krianee Kitpat berkata, dia berdiri di depan rumahnya ketika kejadian itu berlaku.“Saya nampak api daripada letupan bunga api itu menuju ke arah kediaman saya lalu saya terus berlari ke dalam rumah,” katanya sambil memberitahu dia cedera akibat terkena serpihan kaca daripada akuarium ikan yang retak ekoran insiden itu. - AFP 
No comments:
Post a Comment