SUPPORT PENAJA

Wednesday 29 February 2012

NASIB MALANG "LELAKI BUIH "



Gambar Mohammad Umar ketika berusia 37 pada 1987(kiri) ,
 48 pada 1998 (tengah) dan 56tahun pada
2006 (kanan)
Nasib malang bila dilayan lebih buruk dari binatang . Itulah  antara luahan dari seorang lelaki berusia 62 tahun di Hydrerabad , India . Lelaki tersebut Mohammad Umar mengidap satu penyakit ketumbuhan yang mula tumbuh di tangan nya ketika dia berumur 14 tahun dan sejak itu tumor yang tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya. Mohammad yang diberi jolokan "Lelaki Buih " yang  dilahirkan sihat kemungkinan mendapat penyakit tersebut yang diturunkan oleh ibunya yang juga mengidap penyakit ketumbuhan yang sama . Namun ibunya hanya diserang di bahagian tangan nya sahaja . Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001. 

 Ketika berusia 20 tahun, tumor mula tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya dan menjadi semakin buruk .  
Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin. Namun disebabkan jodoh beliau akhirnya mengawani Farhat-un-Nisa, 45 tanpa memikirkan risiko yang mungkin berlaku . Wanita tersebut bersetuju untuk menerima lamaran Mohammad disebabkan sifat lelaki tersebut yang baik .

Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. “Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. “Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami,” kata Farhat.

Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM 

No comments:

Post a Comment