SUPPORT PENAJA

Friday 17 February 2012

PELAKON DIVA DIBELASAH SUAMI


Sebelum ini  kita semua dikejutkan dengan cerita penyanyi dangdut terkenal iaitu Ani Mayuni dibelasah oleh suami beliau hanya disebabkan disuruh belikan makanan jer pun . Kini seorang pelakon  dan pemenang tempat ke 3 pencarian Gadis Metro iaitu  Balkisyh Semundur Khan, 25 pula mengalami nasib yang hampir sama . Beliau  bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.  

Kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3. “Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007. Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah.

“Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri. “Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu. “Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun,” katanya.

Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


Sumber dari MyMetro

No comments:

Post a Comment