SUPPORT PENAJA

Friday 17 February 2012

PENJARA TERBAKAR RAMAI TERKORBAN


Terkejut serta simpati dengan nasib para banduan  penjara di Honduras .Satu kebakaran besar yang berlaku dalam penjara yang penuh sesak telah mengakibatkan lebih daripada 350 penghuni nya terbunuh disebabkan terperangkap dalam sel mereka .  Ia adalah salah satu daripada kebakaran penjara terburuk di dunia dan nampaknya dimulakan oleh salah satu penghuni pada lewat malam Selasa lepas di penjara di Comayagua, kira-kira 75 km (45 batu) ke utara Tegucigalpa . 
Danelia Ferrera, seorang pegawai kanan di pejabat peguam negara berkata 359 orang telah disahkan terkorban. "Seorang banduan telah berhubung dengan saya hanya selepas 11 malam  untuk mengatakan banduan lain telah membakar tilam di penjara blok 6 . Penjara tersebut disumbat penuh dengan banduan  Honduras, yang  terdiri oleh samseng jalanan yang ganas, pengedar dadah kejam  Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara tersebut mempunyai kadar pembunuhan yang tertinggi di dunia. "Kami mendengar jeritan dari orang-orang yang terbakar," kata seorang banduan kepada pemberita serta menunjukkan jari beliau yang patah akibat melarikan diri kebakaran. "Kami terpaksa menaikkan panel bumbung untuk keluar."



"Ianya amat dasyat ... Kakitangan kami pergi ke dalam sel dan menjumpai banyak badan-badan hangus, kebanyakan mereka sudah tidak dapat dikenali," Ferrera kata kepada Reuters, sambil menambah pegawai perlu menggunakan rekod pergigian dan DNA dalam banyak kes untuk mengenal pasti mereka yang terbunuh. Gabenor wilayah Comayagua, Paola Castro pula berkata kebakaran disyaki akibat berpunca dari banduan .

Presiden Porfirio Lobo berkata beliau telah mengantung kerja pengarah penjara Comayagua dan ketua sistem penjara negara bagi memastikan siasatan rapi dijalankan.Polis melaporkan bahawa salah seorang yang mati adalah seorang wanita yang telah bermalam di penjara dan selebihnya adalah penghuni penjara tersebut .

No comments:

Post a Comment