Selepas rumah milik keluarga selebriti terkenal, Wardina Safiyyah di Ampang dipecah masuk baru-baru ini, tiba pula giliran keluarga Juara Akademi Fantasia, Mawi, disamun perompak Indonesia bersenjatakan parang serta pisau dalam kejadian yang mengambil masa selama 20 minit di Bangi Golf Resort di sini pada awal pagi semalam.
![]() |
MAWI menunjukkan tangga aluminium yang digunakan empat perompak untuk memanjat tembok rumahnya di Bangi Golf Resort, Bangi, Kajang semalam. |
Rumah banglo milik penyanyi terkenal, Mawi, telah dipecah masuk oleh beberapa orang perompak pada awal pagi tadi sehingga menyebabkan keluarganya kerugian yang dianggarkan berjumlah RM10,000.
Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 4 pagi ketika Mawi, isterinya, Nora’asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin; ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55, neneknya, Salmah Sehan, 77; anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah sedang tidur di dalam banglo tersebut. Bagaimanapun, kesemua mereka tidak cedera.Banglo tersebut mempunyai lima bilik.

DICEROBOH...Mawi menunjukkan tingkap belakang
rumahnya yang digunakan
perompak untuk memecah masuk.
|
“Suspek kemudian menolak Ekin ke atas katil sebelum mengikat tangan dia dan ibu mertua saya menggunakan wayar pengecas telefon bimbit. Salah seorang suspek pula mengikat kaki dan tangan saya sebelum menutup muka saya dengan baju.“Mereka kemudian mula menggeledah bilik sebelum melarikan rantai nenek, wang, serta empat buah telefon bimbit jenis BlackBerry dan Nokia yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000,” cerita juara Akademi Fantasia musim ketiga itu.
No comments:
Post a Comment