Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, awal bulan ini. Tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan.Ibunya, Roselyn Alan, 25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat hadir kira- kira jam 9.30 pagi.
Sementara itu, seorang rakan tertuduh yang turut dikaitkan dengan kes Dirang tidak didakwa atas tuduhan membunuh sebaliknya mengaku bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah, 2 Mac lalu.Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Seri Alam, di sini jam 8.40 malam pada tarikh tersebut.
Mohd Isa menetapkan hukuman penjara sebulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap dan pengawasan polis selama dua tahun ke atas Razmin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment