
“Mulai saat ini (17 Januari 2012), saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi dengan segala perkataan yang kesat dan keji tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang abang.
“Sebagai manusia, saya akui sebagai hamba yang lemah dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, saya akui sudah tersilap membuat andaian negatif terhadap dia semata-mata hanya bersandarkan hasutan manusia tidak bertanggungjawab serta mempunyai agenda tersembunyi yang saya tidak sedar ketika itu,” kata personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali.
Tampil dengan pengakuan bersumpah yang ditulisnya sendiri untuk tidak memburukkan lagi adiknya itu dan melupakan konflik yang berlaku sebelum ini, Azwan menyifatkan apa yang berlaku antara saudara kandungnya sebagai masalah keluarga dan ia sudah selesai dengan permohonan maaf secara terbuka kepada Ummi Hafilda.
Katanya, sebagai abang, dia memohon jutaan maaf kepada Ummi dan ibunya, Che Tom Yahya di atas apa yang berlaku dan berharap hal kekeluargaan seperti itu akan terjawab dengan pengakuan sumpah berkenaan.
Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter, Jumaat lalu. Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda. Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
No comments:
Post a Comment