SUPPORT PENAJA

Sunday 19 February 2012

NENEK DIDUKUNG LEMBAGA HITAM KETIKA HILANG


Seorang nenek Johara Ahmad, 83 yang hilang dalam tempoh 24jam di Sungai Baru dijumpai jirannya ditengah-tengah sawah dalam keadaan letih . Johara yang mempunyai 30 cucu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya. namun sukar mengenal pasti sama ada lembaga hitam tersebut lelaki atau perempuan dan menjelaskan tidak dapat mengingati secara keseluruhan apa yang berlaku.

Beliau ditemui di kawasan lopak berhampiran sawah padi yang terletak di Kampung Parit Buaya, kira-kira 5 kilometer (km) dari rumahnya pada keesokkan harinya .
Anaknya Masitah memberitahu “Sewaktu jiran membawa ibu pulang, dia kelihatan agak letih mungkin disebabkan tidak tidur, makan dan minum semalaman. Ibu juga ada memberitahu saya, dia dijaga oleh tiga lembaga atau 'orang' sepanjang berada di kawasan sawah padi itu, namun tidak mengenali mereka,” katanya. Johara yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Lang dalam kalangan penduduk kampung tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu sejak dia dijumpai kira-kira jam 11 pagi.

Masitah berkata, Johara juga memberitahu dia terlihat orang kampung yang sedang mencarinya di kawasan berkenaan, namun tidak boleh memanggil mereka kerana dihalang oleh lembaga itu. Dia berkata, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai juga terhalang apabila hanya dia sahaja yang boleh nampak orang di sekelilingnya sedangkan orang lain tidak boleh melihatnya walaupun mereka berada di kawasan berhampiran.

“Saya dan adik ada juga mendapatkan bantuan daripada bomoh sewaktu ibu belum ditemui dan bomoh turut memberitahu hanya ibu sahaja yang boleh melihat orang di sekeliling namun tidak sebaliknya. Sejak ibu dibawa pulang, dia juga kurang selera makan berbanding sebelum ini dan lebih banyak minum air termasuk air teh yang sebelum ini dia tidak gemar,” katanya.

Masitah berkata, Johara hanya menceritakan suasana di tempat kejadian kepada mereka sekeluarga setelah mula mengingati apa yang berlaku. Apa pun, mereka sekeluarga berasa lega apabila Johara ditemui dalam keadaan selamat. Sementara itu, Johara berkata, sewaktu perjalanan ke kawasan berkenaan, dia tidak berasa letih walaupun jauh kerana berasa seolah-olah ada orang yang mendukungnya ke sana.

No comments:

Post a Comment