SUPPORT PENAJA

Sunday 19 February 2012

VISA PENGAMBILAN PENUNTUT ASING DIHENTIKAN



Lega gak ler bila Sis baca dalam salah sebuah akhbar tempatan hari ini berkenaan dengan niat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini . Yela bukan apa bagi Sis ini perlu untuk membendung penyalahgunaan pas berkenaan dan kebajiran orang asing yang dah semakin ketara kebelakangan ini . Menterinya , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian itu hanya akan mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan dengan Jabatan Imigresen dilakukan dua bulan lalu. "Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakannya pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan KPT," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini. Khaled diminta mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya KPT mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.

Beliau berkata, mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan KPT terlibat dengan kegiatan tersebut. "Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya.

No comments:

Post a Comment