SUPPORT PENAJA

Friday 20 January 2012

FUYOO ... GURU TERKEJUT BAKI AKAUN BANK AS$10 BILION


Apa perasaan uolls apabila mendapati baki akaun uolls dalam bank bernilai berbilion . Konpem ler terkejut kan . Tersenyum gak ler sebab tetiber jer jadi Bilionair tu . So itu lah yang dialami oleh seorang guru di sebuah sekolah tinggi di  Kolkata, India yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) . Beliau terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion). 
Fuhyooo..Banyakkkkk tuu beb.. Guru itu, Parijat Saha yang berumur 42 tahun yang berasal dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620)."Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
"Kami cuba menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbaia untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

No comments:

Post a Comment