SUPPORT PENAJA

Friday 20 January 2012

FUYOO ... LAMAN SOSIAL 1MALAYSIA.COM SEDIA MENGANTIKAN FACEBOOK




Nama 1Malaysia sememangnya telah menjadi suatu fenomena besar di Malaysia, dan kini ianya dilihat salah satu laman sosial dibangunkan dengan nama yang sama, iaitu 1Malaysia.com. Sepanjang semalam, pelbagai perubahan yang berlaku pada laman tersebut, dan kini kami percaya, apa yang digunakan sekarang mungkin akan menjadi rekabentuk akhir laman tersebut.aman 1Malaysia.com sebelum ini merupakan salah satu blog, yang membincangkan pasal Malaysia, namun begitu, pemiliknya telah mengubah konsep dan segalanya pada laman tersebut kepada konsep laman sosial. 
Dalam tempoh kurang sehari dilancarkan, lebih daripada 113 orang pengguna telah berdaftar (sehingga artikel ini ditulis), dan angka tersebut meningkat dengan amat pantas sekali.

Dengan fungsi yang mudah dan pelbagai, uolls kini mampu mengetepikan Facebook dan terus menggunakan 1Malaysia.com. Kini ia merupakan sebuah laman jaringan sosial khususya rakyat Malaysia! Mudah dan ringkas! Lebih tepat jika aku boleh katakan sama tidak banyak bezanya berbanding Facebook. Cuma ini mungkin buatan Malaysia!

1Malaysia.com turut sama membawakan pelbagai fungsi sosial, daripada fungsi blog, forum, acara, video dan banyak lagi diintegrasikan bersama padanya. Penggunaan nama domain 1Malaysia.com juga dijangka akan berjaya menarik minat ramai pengguna, selain memudahkan mereka mengingatinya memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mohd Najib menggunakan domain seumpamanya, iaitu 1Malaysia.com.my.

No comments:

Post a Comment