SUPPORT PENAJA

Wednesday 22 February 2012

LIBAS KEPALA IBU HINGGA MATI

GEMPAR...penduduk kampung di
pekarangan rumah mangsa, semalam.

Kejam !!!! .Disebabkan hanya  gagal mendapatkan wang daripada ibunya, seorang lelaki yang disyaki penagih dadah tergamak bertindak zalim dengan menetak kepala ibunya sendiri dengan menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Padang Buloh, Sidam Kiri, di sini, pagi semalam.
Penduduk kampung mengadakan
majlis tahlil di hadapan rumah mangsa

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, A’inshon Abdul Rahman, 60, cedera parah di kepala selepas ditetak anak bongsunya itu menggunakan parang sepanjang hampir satu meter ketika mangsa sedang menggoreng sayur di dapur rumahnya untuk juadah makan tengah hari.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bahagian dapur oleh peniaga ikan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata polis menerima maklumat kira-kira jam 1.10 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang dapur rumahnya.
“Mangsa yang cedera parah dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian. Polis juga menemui parang dipercayai digunakan suspek untuk menetak mangsa di kawasan berdekatan,” katanya. Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek yang melarikan diri di tengah sawah, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti sama ada suspek mengalami gangguan mental kerana dikatakan pernah mengambil ubat penenang daripada klinik berdekatan rumahnya. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. 
Difahamkan, suspek yang juga seorang penagih dadah berusia 26 tahun, dikatakan naik berang selepas permintaannya mendapatkan wang daripada ibunya tidak diendahkan mangsa sehingga menyebabkan dia bertindak ganas. Selepas menetak ibunya, suspek melarikan diri bagi mengelak diberkas polis.



Sumber dari Berita Harian

No comments:

Post a Comment