SUPPORT PENAJA

Wednesday 22 February 2012

PUTERA MONOCO DITUMBUK

Malang buat Putera Monaco, Pierre Casiraghi bila beliau ditumbuk di bahagian muka dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam di bandar raya New York pada hujung minggu lalu. Insiden itu menyebabkan seorang lelaki tempatan didakwa di mahkamah kerana melakukan serangan. Casiraghi, 24, cucu kepada bekas pelakon Hollywood Grace Kelly, dimasukkan ke hospital akibat kejadian itu, menurut laporan media.
Polis berkata, putera itu bersama tiga lagi lelaki lain diserang oleh bekas pengusaha restoran, Adam Hock ekoran satu pertikaian ketika di kelab malam The Double Seven pada pukul 2 pagi waktu tempatan, Sabtu lalu. 
Antara mereka yang turut ditumbuk oleh Hock ialah seorang pelayar keturunan Greece, Stavros Niarchos dan bekas teman lelaki Paris Hilton, menurut satu aduan jenayah.Casiraghi memberitahu polis dia secara berulang kali diserang di bahagian muka menyebabkan pipinya melecet dan mukanya bengkak, lebam, merah dan sakit.
Peirre Casiraghi
 Tiga lagi lelaki bersamanya turut membuat aduan yang sama terhadap Hock, 47 tahun. Peguam tertuduh, Sal Strazzullo, bagaimanapun berkata, anak guamnya hanya mempertahankan diri.

“Anak guam saya memberitahu saya, putera itu bersama teman-temannya mengganggunya dan bertindak seperti kanak-kanak dengan mengejek dan cuba menyerangnya. Hock hanya mempertahankan diri ketika dia menumbuk putera dan teman-temannya itu. Adalah mustahil untuk seseorang itu menyerang empat lelaki kecuali dia adalah seorang ninja atau Bruce Lee,” katanya. Mahkamah Jenayah Manhattan membebaskan Hock tanpa ikat jamin sementara menunggu perbicaraan disambung semula pada 29 Mac ini selepas dia mengaku tidak bersalah atas empat kesalahan melakukan serangan. – REUTERS

No comments:

Post a Comment