SUPPORT PENAJA

Wednesday 22 February 2012

TELEFON PINTAR MAMPU MILIK BAKAL DILANCARKAN

Berita baik buat semua pengemar gadget bila telefon pintar mampu milik yang berharga bawah RM 500  akan dipasarkan di Malaysia sekitar bulan April . Ianya  dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd. 
Telefon berharga di bawah RM500 itu 

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M. Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi "DMD Android Smartphone Communicator", yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

"DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini," katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.Mohammed berkata telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial. "Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan," katanya.

Menurutnya DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.

"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Feb," katanya. Mohammed berkata telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment